Saturday, December 8, 2018

REFLEKSI MINGGU KETUJUH

SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya

WOW...sudah masuk minggu ketujuh..sekejap ja masuk berlalu ya, saya rasa saya sudah dapat sedikit demi sedikit kefahaman yang jitu untuk subjek ini. Lupa saya nak beritahu, pada minggu keenam, Dr telah memberi kami latihan berkenaan Pembinaan Rancangan Pengajaran (Lesson Plan). Saya telah membina sebuah rancangan pelajaran berkaitan subtopik GENETIK bagi subjek BIOLOGI.

Alhamdulillah, saya mendapat 95% dan berpuas hati dengan hasil kerja saya..Dr juga ada memberikan sedikit komen bagi rancangan pengajaran saya..

hmm...mungkin Dr tertarik dengan salah satu aktiviti yang saya bakal lakukan kut..melibatkan Hritik Roshan..waaahh siapa sangka, beliau memiliki penyakit genetik yang menyebabkan lebihan jari pada tangan beliau...sehinggakan ciri unik tersebut diangkat menjadi salah satu watak alien di dalam filem tersebut...Kagum Bukan? hehe

Terima kasih Dr untuk segala tunjuk ajarnya, dan saya berharap saya akan lakukan yang lebih baik di masa akan datang..


Selepas berbincang mengenai tugasan tersebut, Dr membincangkan pula tentang salah satu tugasan besar kami untuk subjek ini. Dr meminta kami untuk membuat perbandingan kurikulum antara 5 buah negara termasuk Malaysia.




                      Inilah ahli kumpulan saya yang sentiasa bersemangat waja!

Pada awalnya, agak sukar bagi kami untuk memilih tajuk dan subjek, dan dek kerana kami mahukan keunikan kerana kelas BIOLOGI boleh dikatakan menguasai kelas ini, maka kami seb000lat suara memilih untuk melasanakan perbandingan bagi SUBJEK SEJARAH bagi 5 BUAH NEGARA yang terpilih iaitu MALAYSIA, CAMBODIA, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA


Kami sudahpun menghantar draf awal pada 2 minggu yang lepas, kami beruntung kerana Dr tidak lokek untuk memberikan kami ruang untuk penambah baikan tugasan.

Kemudian, Dr memberikan sedikit penerangan berkaitan tugasan kedua kami berkumpulan iaitu membuat satu siri rancangan pengajaran untuk kurikulum negara yang kami pilih. 


Selesai penerangan, Dr memberikan kami ruang dan peluang untuk berbincang di dalam kumpulan yang telah kami tetapkan untuk melancarkan urusan tugasan tersebut.


itu sahaja untuk minggu ini, kita jumpa minggu hadapan ya semua :)

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...