Saturday, December 8, 2018

REFLEKSI MINGGU KESEPULUH

 SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN                             KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN



Assalamualaikum semua..
Pada harini ini kami memulakan kelas dengan Dr Dorothy memberikan sedikit taklimat kepada kami tentang cara pemarkahan beliau untuk tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada kami..Tampak sukar dan ternyata kami harus bekerja lebih keras demi menjayakan harapan beliau terhadap kami..


Berikut merupakan elemen elemen yang kami perlu sediakan dan hasilkan untuk mendapat hasil yang terbaik :) 💖💖💖


Antara hasil perbincangan kami dengan Dr Dorothy


Antara yang dibincangkan ialah mengenai pembahagian peratus markah kami untuk pembawaan sebagai markah penilaian secara berterusan kami yag mempunyai berat sebanyak 60% berbanding peperiksaan akhir kami. Bagi blog refleksi kami ini sahaja sudah membawa kepada 30% markah penilaian, semoga Tuhan lapangkan dada Dr untuk memberikan markah yang baik buat kami... (Amiiinn 💓💪)


Setelah berbincang, terdapat tiga tugasan akhir yang tinggal untu kami selesaikan iaitu penghantaran tugasan perbandingan kurikulum, penyediaan rancangan pengajaran beserta Justifikasi dan Analisis Tugasan dan portfolio kami yang perlu dihantar pada/sebelum 21 Disember 2018. (*Hadiah Krismas Dr kata..😆)

Justeru, kami perlu bekerja dengan lebih keras demi menjayakan hasrat Dr untuk menghasilkan pelajar yang mampu merekabentuk kurikulum dengan jayanya.


Jujur saya katakan, pengalaman dan ilmu dari Dr Dorothy pada awalnya amat sukar untuk saya terima, namun di akhir pembelajaran kami, saya dapat menangkap sedikit demi sedikit apa yang Dr cuba sampaikan kepada kami..

Selain dari itu, kami juga membincangkan tentang cadangan Dr untuk mengadakan  jamuan sebagai tanda kenang kenangan sebelum kami bakal menghadapi peperiksaan.Tak sabar rasanya kan..Namunnn...kerja perlu disiapkan dahuluu ya kawan kawan!


Sedikit foto kenang kenangan bersama Dr Dorothy dan rakan sepasukan saya 💗💓

Saya, Nabila (Kanan sekali) bersama Dr, Kak Najwa dan Kak Farah


Gembiranya kami..













No comments:

Post a Comment

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...