Saturday, December 8, 2018

REFLEKSI MINGGU KEENAM


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya

Pada minggu ini, kelas dimulai dengan perbincangan mengenai tugasan kami minggu yang lepas di mana saya mendapat markah yang bagi saya kurang memuaskan iaitu 75% berbanding markah penuh 100%. Markah yang paling tinggi adalah 80%, namun...kami sedar, pengalaman pembelajaran itu lebih penting berbanding markah yang kami peroleh...


Pada kelas ini Dr telah menerangkan kepada kami, terhadap salah faham terhadap tugasan yang ditugaskan kepada kami..Ramai yang beranggapan ianya adalah tugasan rancangan pembelajaran namun sebenarnya ianya adalah dibahagian awalllllllllllll sebelum masukknya bahagian rancangan pengajaran di mana (😅) ianya melibatkan analisis analisis jitu bagi matlamat dan objektif pembelajaran..

Selepas berbincang tentang soalan, Dr Dorothy menyambung pengajarannya mengenai 9 Elemen Gagne yang bagi pandangan saya sangat lengkap turutannya.. Berikut adalah sedikit info grafik berkenaan 9 Elemen Gagne tersebut.





Elemen yang digariskan oleh Gagne ini amat lengkap dimana ianya amat menitik beratkan persediaan guru sebelum, semasa dan selepas kelas supaya ianya lebih teratur dan sistematik. Sesebuah rancangan pengajaran yang dihasilkan bersandarkan model ini  boleh dikatakan sebagai suatu rancangan yang lengkap dan sempurna.

**************************************************

Selepas membincangkan tentang elemen Gagne tadi, Dr membahagikan kami kepada 5 kumpulan kecil daripada 35 orang pelajar di dalam kumpulan besar kami. 5 kumpulan ini akan dikehendaki untuk membandingkan persamaan dan perbezaan 5 model selain daripada Model ADDIE yag pernah dipelajari dahulu.

Model tersebut merangkumi:
  1. Model ASSURE
  2. Model Dick and Carey
  3. Model Gerlach & Ely
  4. Model Design Kemp
  5. Model Kirkpatrick

MODEL ASSURE



Dan inilah yang dapat saya bezakan di antara model ADDIE dan ASSURE



MODEL DICK & CAREY

Model ini mempunyai 5 komponen utama ADDIE meliputi kotak berwarna pink yag mewakili peringkat analisis (A) dan kotak berwarna biru meliputi peringkat rekabentuk dan pembangunan (DD)




MODEL GERLACH & ELY







MODEL REKABENTUK KEMP 

Ini pula perkaitan di antara ADDIE dan Model Kemp yang dapat saya simpulkan:




MODEL KIRKPATRICK

Berlain dengan 4 model diatas, ini pula perbezaan dan perbandingan Model ADDIE dengannya yang dapat saya simpulkan


Setelah meneliti 5 model tersebut, jelas bahawa Model ADDIE mempunyai kekuatannya yang tersendiri apabila ianya berjaya merangkumi kesemua model yang telah kami bincangkan melalui perbincangan berkumpulan tersebut.




No comments:

Post a Comment

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...