Saturday, December 8, 2018

REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..

Pada minggu ini kami memulakan kelas kami dengan cara mengenalpasti pelajar kami iaitu aktiviti yang dialanan dan dicadangkan...adakah ianya secara langsung (direct) atau secara konstruktivisme iaitu pelajar yang mengawal keadaan..

Dr Dorothy memulakan kelasnya dengan memberikan kredit kepada kelas kami untuk keberjayaan kami untuk menyiapkan tugasan kami untuk tugasan perbandingan kurikulum antara 4 negara selain Malaysia. Kami telah memilih Kemboja, Filipina  Indonesia dan Brunei untuk tugasan kami..

Untuk kumpulan kami, kami telahpun mendapat *feedback* yang positif di mana sedikit sahaja pembetulan ungtuk proses penambah baikan kami yang seterusnya.

Dr juga menasihatkan kepada kami semula untuk mematuhi dan menganalisa soalan dengan betul untuk menjawabnya dengan baik kerana TIADA skema jawapan yang sebenar (ultimate marking scheme) TETAPI markah akan diberikan berdasarkan kepada jawapan yang diberikan sama ada mencapai atau tidak kepada objektif soalan yang diberikan :)

Selain itu juga, Dr  telah membincangkan tentang penggunaan teknologi di dalam pembelajaran pedagogi dan andragogi. Antara yang digunakan ialah : 

Ini adalah permainan yang berunsurkan kuiz dan soalan MCQ


adakah permainan seperti ini yang akan dibangunkan? hehe mungkin yang lebih sesuai kan?

Dalam menelusuri pembangunan yag serba moden ini, guru perlu sentiasa menyesuaikan dirinya mengikut peralihan zaman supaya lebih dekat dengan pelajar dan supaya guru itu boleh kekal relevan. Ianya berbunyi sukar, namun insyaallah, ianya tidak mustahil. Bagi pelajar yang datang dari pendalaman atau keluarga yang susah, guru mungkin boleh mengusahakan idea seperti ini kepada pihak sekolah mahupun persatuan ibu bapa agar anak anak mereka generasi baharu tidak akan ketinggalan.




No comments:

Post a Comment

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...