Thursday, December 20, 2018

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS




RUMUSAN



Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur saya katakan, pada awal sesi pembelajaran, saya agak kekok dengan pembelajaran kelas ini berlansung, namun alhamdulillah, mata saya terbuka luas akan segala yang telah kami pelajari. 



Sememangnya segala yang kami pelajari ternyata mempunyai keperingan dan kegunaannya yang tersendiri terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya suka akan cara Dr Dorothy menyampaikan pengajarannya..



Banyak yang kami pelajari antaranya Instructional Design, cara kurikulum dibangunkan, teknologi VR Code, aplikasi KAHOOT, Link shortener (yang tak pernah saya fikirkan!), cara menulis BLOG SEPERTI INI!, aplikasi CANVA, POWTOON dan sebagainya..




TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat Dr dan sahabat sahabat sekelas yang banyak membantu saya untuk lebih mendekati dan memahami subjek ini..



SEMOGA BERJAYA UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR NANTI YA...dan besar HARAPAN saya agar Dr tidak lupakan kami..Selamat Bersara in Advance saya ucapkan kepada DR...
SEMOGA TUHAN SENTIASA MEMBERKATI HIDUP DR BERSAMA YANG TERSAYANG 








Saturday, December 8, 2018

REFLEKSI MINGGU KESEBELAS

SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya

Kelas kami pada kali ini diserikan dengan pembentangan hasil 9 kumpulan yang bertanggungjawab untuk membentabgkan hasilm kerja masing masing. 
Kumpulan mereka semua menyampaikan pembentangan mereka dengan begitu baik sekali.

Minggu ini merupakan refleksi terakhir bagi kami. Sedih rasanya, baru semalam rasanya kami berkenalan dengan Dr terutamanya. Selama hampir 12 minggu kami bertemu, banyak sebenarnya yang dapat saya dan rakan-rakan pelajari. 

Kami membentangkan perbandingan kurikulum kami dengan jayanya dan saya secara jujurnya amat berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan saya. Terima kasih kak wawa, kak farah dan nad...



     Saya yang bertudung merah jambu bersama ahki kumpulan yang tersayang

Tak sangka, kami diasak dengan pertanyaan yang penuh kontroversi..hehe nak tahu apa? Biarlah menjadi rahsia antara kami ya memandangkan negara kita punyai integriti, kesopanan dan kesusilaan yang tersendiri dan dihormati. 

Walaupun mempunyai hak kebebasan bersuara, namun jangan pernah kita lupa kepada budaya dan adab kita kan...

Alhamdulillah, laporan perbandingan yang lengkap sudah  kami laksanakan..Kami sendiri xsangka, yang kami mampu lakukan...

TERIMA KASIH SEMUANYA <3 




REFLEKSI MINGGU KESEPULUH

 SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN                             KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN



Assalamualaikum semua..
Pada harini ini kami memulakan kelas dengan Dr Dorothy memberikan sedikit taklimat kepada kami tentang cara pemarkahan beliau untuk tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada kami..Tampak sukar dan ternyata kami harus bekerja lebih keras demi menjayakan harapan beliau terhadap kami..


Berikut merupakan elemen elemen yang kami perlu sediakan dan hasilkan untuk mendapat hasil yang terbaik :) 💖💖💖


Antara hasil perbincangan kami dengan Dr Dorothy


Antara yang dibincangkan ialah mengenai pembahagian peratus markah kami untuk pembawaan sebagai markah penilaian secara berterusan kami yag mempunyai berat sebanyak 60% berbanding peperiksaan akhir kami. Bagi blog refleksi kami ini sahaja sudah membawa kepada 30% markah penilaian, semoga Tuhan lapangkan dada Dr untuk memberikan markah yang baik buat kami... (Amiiinn 💓💪)


Setelah berbincang, terdapat tiga tugasan akhir yang tinggal untu kami selesaikan iaitu penghantaran tugasan perbandingan kurikulum, penyediaan rancangan pengajaran beserta Justifikasi dan Analisis Tugasan dan portfolio kami yang perlu dihantar pada/sebelum 21 Disember 2018. (*Hadiah Krismas Dr kata..😆)

Justeru, kami perlu bekerja dengan lebih keras demi menjayakan hasrat Dr untuk menghasilkan pelajar yang mampu merekabentuk kurikulum dengan jayanya.


Jujur saya katakan, pengalaman dan ilmu dari Dr Dorothy pada awalnya amat sukar untuk saya terima, namun di akhir pembelajaran kami, saya dapat menangkap sedikit demi sedikit apa yang Dr cuba sampaikan kepada kami..

Selain dari itu, kami juga membincangkan tentang cadangan Dr untuk mengadakan  jamuan sebagai tanda kenang kenangan sebelum kami bakal menghadapi peperiksaan.Tak sabar rasanya kan..Namunnn...kerja perlu disiapkan dahuluu ya kawan kawan!


Sedikit foto kenang kenangan bersama Dr Dorothy dan rakan sepasukan saya 💗💓

Saya, Nabila (Kanan sekali) bersama Dr, Kak Najwa dan Kak Farah


Gembiranya kami..













REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..

Pada minggu ini kami memulakan kelas kami dengan cara mengenalpasti pelajar kami iaitu aktiviti yang dialanan dan dicadangkan...adakah ianya secara langsung (direct) atau secara konstruktivisme iaitu pelajar yang mengawal keadaan..

Dr Dorothy memulakan kelasnya dengan memberikan kredit kepada kelas kami untuk keberjayaan kami untuk menyiapkan tugasan kami untuk tugasan perbandingan kurikulum antara 4 negara selain Malaysia. Kami telah memilih Kemboja, Filipina  Indonesia dan Brunei untuk tugasan kami..

Untuk kumpulan kami, kami telahpun mendapat *feedback* yang positif di mana sedikit sahaja pembetulan ungtuk proses penambah baikan kami yang seterusnya.

Dr juga menasihatkan kepada kami semula untuk mematuhi dan menganalisa soalan dengan betul untuk menjawabnya dengan baik kerana TIADA skema jawapan yang sebenar (ultimate marking scheme) TETAPI markah akan diberikan berdasarkan kepada jawapan yang diberikan sama ada mencapai atau tidak kepada objektif soalan yang diberikan :)

Selain itu juga, Dr  telah membincangkan tentang penggunaan teknologi di dalam pembelajaran pedagogi dan andragogi. Antara yang digunakan ialah : 

Ini adalah permainan yang berunsurkan kuiz dan soalan MCQ


adakah permainan seperti ini yang akan dibangunkan? hehe mungkin yang lebih sesuai kan?

Dalam menelusuri pembangunan yag serba moden ini, guru perlu sentiasa menyesuaikan dirinya mengikut peralihan zaman supaya lebih dekat dengan pelajar dan supaya guru itu boleh kekal relevan. Ianya berbunyi sukar, namun insyaallah, ianya tidak mustahil. Bagi pelajar yang datang dari pendalaman atau keluarga yang susah, guru mungkin boleh mengusahakan idea seperti ini kepada pihak sekolah mahupun persatuan ibu bapa agar anak anak mereka generasi baharu tidak akan ketinggalan.




REFLEKSI MINGGU KELAPAN


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..

Pada minggu ini kami memulakan kelas kami dengan cara mengenalpasti pelajar kami iaitu aktiviti yang dialanan dan dicadangkan...adakah ianya secara langsung (direct) atau secara konstruktivisme iaitu pelajar yang mengawal keadaan..

Dr Dorothy memulakan kelasnya dengan memberikan kredit kepada kelas kami untuk keberjayaan kami untuk menyiapkan tugasan kami untuk tugasan perbandingan kurikulum antara 4 negara selain Malaysia. Kami telah memilih Kemboja, Filipina  Indonesia dan Brunei untuk tugasan kami..


Bendera Indonesia

Lambang kebanggaan Rakyat Malaysia

Kemegahan Rakyat Brunei Darussalam




Untuk kumpulan kami, kami telahpun mendapat *feedback* yang positif di mana sedikit sahaja pembetulan ungtuk proses penambah baikan kami yang seterusnya.

Dr juga menasihatkan kepada kami semula untuk mematuhi dan menganalisa soalan dengan betul untuk menjawabnya dengan baik kerana TIADA skema jawapan yang sebenar (ultimate marking scheme) TETAPI markah akan diberikan berdasarkan kepada jawapan yang diberikan sama ada mencapai atau tidak kepada objektif soalan yang diberikan :)

REFLEKSI MINGGU KETUJUH

SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya

WOW...sudah masuk minggu ketujuh..sekejap ja masuk berlalu ya, saya rasa saya sudah dapat sedikit demi sedikit kefahaman yang jitu untuk subjek ini. Lupa saya nak beritahu, pada minggu keenam, Dr telah memberi kami latihan berkenaan Pembinaan Rancangan Pengajaran (Lesson Plan). Saya telah membina sebuah rancangan pelajaran berkaitan subtopik GENETIK bagi subjek BIOLOGI.

Alhamdulillah, saya mendapat 95% dan berpuas hati dengan hasil kerja saya..Dr juga ada memberikan sedikit komen bagi rancangan pengajaran saya..

hmm...mungkin Dr tertarik dengan salah satu aktiviti yang saya bakal lakukan kut..melibatkan Hritik Roshan..waaahh siapa sangka, beliau memiliki penyakit genetik yang menyebabkan lebihan jari pada tangan beliau...sehinggakan ciri unik tersebut diangkat menjadi salah satu watak alien di dalam filem tersebut...Kagum Bukan? hehe

Terima kasih Dr untuk segala tunjuk ajarnya, dan saya berharap saya akan lakukan yang lebih baik di masa akan datang..


Selepas berbincang mengenai tugasan tersebut, Dr membincangkan pula tentang salah satu tugasan besar kami untuk subjek ini. Dr meminta kami untuk membuat perbandingan kurikulum antara 5 buah negara termasuk Malaysia.




                      Inilah ahli kumpulan saya yang sentiasa bersemangat waja!

Pada awalnya, agak sukar bagi kami untuk memilih tajuk dan subjek, dan dek kerana kami mahukan keunikan kerana kelas BIOLOGI boleh dikatakan menguasai kelas ini, maka kami seb000lat suara memilih untuk melasanakan perbandingan bagi SUBJEK SEJARAH bagi 5 BUAH NEGARA yang terpilih iaitu MALAYSIA, CAMBODIA, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA


Kami sudahpun menghantar draf awal pada 2 minggu yang lepas, kami beruntung kerana Dr tidak lokek untuk memberikan kami ruang untuk penambah baikan tugasan.

Kemudian, Dr memberikan sedikit penerangan berkaitan tugasan kedua kami berkumpulan iaitu membuat satu siri rancangan pengajaran untuk kurikulum negara yang kami pilih. 


Selesai penerangan, Dr memberikan kami ruang dan peluang untuk berbincang di dalam kumpulan yang telah kami tetapkan untuk melancarkan urusan tugasan tersebut.


itu sahaja untuk minggu ini, kita jumpa minggu hadapan ya semua :)

REFLEKSI MINGGU KEENAM


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya

Pada minggu ini, kelas dimulai dengan perbincangan mengenai tugasan kami minggu yang lepas di mana saya mendapat markah yang bagi saya kurang memuaskan iaitu 75% berbanding markah penuh 100%. Markah yang paling tinggi adalah 80%, namun...kami sedar, pengalaman pembelajaran itu lebih penting berbanding markah yang kami peroleh...


Pada kelas ini Dr telah menerangkan kepada kami, terhadap salah faham terhadap tugasan yang ditugaskan kepada kami..Ramai yang beranggapan ianya adalah tugasan rancangan pembelajaran namun sebenarnya ianya adalah dibahagian awalllllllllllll sebelum masukknya bahagian rancangan pengajaran di mana (😅) ianya melibatkan analisis analisis jitu bagi matlamat dan objektif pembelajaran..

Selepas berbincang tentang soalan, Dr Dorothy menyambung pengajarannya mengenai 9 Elemen Gagne yang bagi pandangan saya sangat lengkap turutannya.. Berikut adalah sedikit info grafik berkenaan 9 Elemen Gagne tersebut.





Elemen yang digariskan oleh Gagne ini amat lengkap dimana ianya amat menitik beratkan persediaan guru sebelum, semasa dan selepas kelas supaya ianya lebih teratur dan sistematik. Sesebuah rancangan pengajaran yang dihasilkan bersandarkan model ini  boleh dikatakan sebagai suatu rancangan yang lengkap dan sempurna.

**************************************************

Selepas membincangkan tentang elemen Gagne tadi, Dr membahagikan kami kepada 5 kumpulan kecil daripada 35 orang pelajar di dalam kumpulan besar kami. 5 kumpulan ini akan dikehendaki untuk membandingkan persamaan dan perbezaan 5 model selain daripada Model ADDIE yag pernah dipelajari dahulu.

Model tersebut merangkumi:
  1. Model ASSURE
  2. Model Dick and Carey
  3. Model Gerlach & Ely
  4. Model Design Kemp
  5. Model Kirkpatrick

MODEL ASSURE



Dan inilah yang dapat saya bezakan di antara model ADDIE dan ASSURE



MODEL DICK & CAREY

Model ini mempunyai 5 komponen utama ADDIE meliputi kotak berwarna pink yag mewakili peringkat analisis (A) dan kotak berwarna biru meliputi peringkat rekabentuk dan pembangunan (DD)




MODEL GERLACH & ELY







MODEL REKABENTUK KEMP 

Ini pula perkaitan di antara ADDIE dan Model Kemp yang dapat saya simpulkan:




MODEL KIRKPATRICK

Berlain dengan 4 model diatas, ini pula perbezaan dan perbandingan Model ADDIE dengannya yang dapat saya simpulkan


Setelah meneliti 5 model tersebut, jelas bahawa Model ADDIE mempunyai kekuatannya yang tersendiri apabila ianya berjaya merangkumi kesemua model yang telah kami bincangkan melalui perbincangan berkumpulan tersebut.




REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...