Wednesday, October 17, 2018

RUMUSAN MINGGU KETIGA


RUMUSAN MINGGU KETIGA KURSUS APLIKASI DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN (PQI 6004)


Pada minggu ketiga, kami diperkenalkan dengan topik pembangunan kurikulum oleh Dr Dorothy. Kami diperkenalkan dengan proses yang efektif untuk tujuan penghasilan sesebuah kurikulum. Secara umumnya, terdapat beberapa peringkat yang harus dilalui sebelum sesebuah kurikulum itu berjaya dilaksanakan iaitu: 

1) Pengenalan Elemen yang terdapat di dalam kurikulum
2) Proses Penghasilan kurikulum
3)Pembentukan sesebuah Kurikulum


ELEMEN KURIKULUM


Secara umumnya, terdapat beberapa elemen yang terdapat di dalam kurikulum yang perlu dikenalpasti sebelum membentuk sesebuah kurikulum seperti yang dibincangkan oleh Abu Bakar Nordin (2014):







1) 1-2 Penyataan Matlamat
2) Objektif dan Hasil Pembelajaran
 3) Pengalaman pembelajaran
 4) Menstruktur pengalaman pembelajaran  
 5) Menilai pengalaman pembelajaran   







PERNYATAAN MATLAMAT 


Sumber: Google



Matlamat ialah apa yang belajar mampu capai selepas mengikuti proses pembelajaran. Terdapat beberapa elemen yang diketengahkan semasa membina matlamat. Antara kriteria yang perlu dikenalpasti ialah kepuasan individu, relevan dengan keperluan masyarakat, sejajar dengan landasan agama dan kepercayaan dan pembangunan matlamat yang holistik dan efektif. Matlamat mempunyai konteks yang lebih besar mengenai apa yang pelajar boleh dapat dan hasilnya selepas mengikuti sesebuah pembelajaran.


PERNYATAAN OBJEKTIF

Sumber: Google
Objektif merujuk kepada hasil capaian yang lebih spesifik berbanding matlamat. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan objektif yang berkesan. Antaranya, lebih kepada memfokuskan kepada pelajar, mengikut taraf dan tahap taxonomi Bloom yang betul dan berkesan, kriteria pencapaian yang betul dan situasi pembelajaran yang sebenar yang perlu diambil perhatian. KATA KERJA adalah signifikan di dalam pembentukan objektif (seperti menilai dan sebagainya). 

Terdapat 3 tips bagi penghasilan objektif yang berkesan, iaitu Pencapaian (yang tersurat atau tersirat),Keadaan semasa (penggunaan pelan lantai dan sebagainya) dan Kriteria yang lebih spesifik (Sebagai contoh, kemasukan nombor yang spesifik seperti dalam masa 3 minit, sekurangnya8 daripada 10)



PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Sumber: Google

Kami juga diperkenalkan dengan dua tokoh pembangunan kurikulum iaitu Ralph W. Tyler dan Hilda Taba. Ralph W. Tyler menyatakan pandangannya bahawa kurikulum perlu dibangunkan dalam kalangan ahli yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran tetapi Hilda Taba berpendapat pembangunan kurikulum mestilah bersifat setempat dan dekat dengan masyarakat dan lebih bersifat lokal.

 Salah satu buku yang ditulis mengenai Ralph W. Tyler


Gambar menunjukkan Ralph W. Tyler, anatara  tokoh dalam pembangunan kurikulum 

Di Malaysia kini, kurikulum dan dasar pembelajaran telah dirangka oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pembinaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Huraian Sukatan Pelajaran. Perubahan daripada menggunakan KBSR (Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah) kepada KSSR.

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. 

Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. 

Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. 

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang. 

Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.













No comments:

Post a Comment

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...