Saturday, November 17, 2018

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuanya,

Setelah kami diperkenalkan mengenai kurikulum dan elemen-elemen yang terkandung di dalamnya, kami diperkenalkan pula dengan modul pengajaran iaitu cara komunikasi yang berkesan untuk menghasilkan pengajaran yang signifikan dan bermakna. Modul pengajaran merupakan salah satu asas utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sesuatu subjek.

Kami diperkenalkan dengan istilah ADDIE, ISD dan ID. 
Model ADDIE merupakan antara model reka bentuk yang sistematik dan efektif yang terdiri daripada lima fasa iaitu:

Sumber: Google


       A
- ANALYZE (Analisis)
     
      D
- DESIGN (Reka Bentuk)
                          D- DEVELOPMENT (Pembangunan)
                              I - IMPLEMENTATION (Pelaksanaan)
                           E- EVALUATON (Penilaian)                  


Hasil daripada penggunaan model seperti ini dalam reka bentuk sesuatu model pengajaran, akan terbina satu modul pengajaran yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan efektif serta pendekatan yang sistematik seiring dengan citarasa dan keperluan pelajar. Selain dari ADDIE..terdapat pelbagai modul pengajaran yang dihasilkan dan diadaptasi dari modul ADDIE..



                                                               Sumber: www.playpro.com 

Selebihnya,  di sini antara laman web yang menarik untuk dilawati untuk menambah pengetahuan kalian,ya :) 


                 Model seterusnya yang dibincangkan ialah Instructional System Design (ISD)


Lebih kurang sama seperti ADDIE, ISD ialah satu prosedur tersusun yang mencakupi bebrapa langkah yang terdiri daripada menganalisis, merekabentuk, membangunkan, melaksanakan dan menilai arahan untuk memperbaiki kualiti dan keberkesanan arahan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga boleh dikenali sebagai System Approach to Training (SAT) . ISD juga mencakupi elemen yang lebih kurang sama dengan ADDIE iaitu:


"Analysis, Design, Development, Implementation dan Evaluation" 

Dua contoh model yang menggunakan model ISD ialah Dick and Carey Model dan Bela Banathy's Instructional System.

Sumber: Dick & Carey (2000)

Bagi model Dick and Carey, terdapat beberapa langkah yang diusulkan bermula dengan:
  1. Identify Instructional Goal
  2. Conduct Instructional Analysis
  3. Identify Entry Behaviour
  4. Write Performance Objectives
  5. Develop Assessment Instruments
  6. Develop Instructional Strategy
  7. Develop Instructional Materials
  8. Design and Conduct Formative Evaluation
  9. Design and Conduct Summative Evaluation
  10. Revise Instruction

Sumber: Banathy (1988)

Bagi Bela Benathy pula, terdapat 3 kriteria utama yang harus diberi penekanan semasa menggubal modul pengajaran iaitu Tujuan (Purpose), Proses (Process) and Isi Kandungan (Content).

Berikut merupakan antara video yang dapat dijadikan sumber rujukan tambahan untuk pemahaman yang lebih jelas dn terang.. Enjoyyy~~~




RUJUKAN
Banathy, B. (1968). Instructional Systems. Palo Alto, California:
            Fearon 
Publishers
Dick, W., Carey, L. (2000). The Systematic Design of Instruction.
            Glenview, 
IL: Scott, Foresman, and Company.





No comments:

Post a Comment

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...