Wednesday, October 17, 2018

RUMUSAN MINGGU KETIGA


RUMUSAN MINGGU KETIGA KURSUS APLIKASI DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN (PQI 6004)


Pada minggu ketiga, kami diperkenalkan dengan topik pembangunan kurikulum oleh Dr Dorothy. Kami diperkenalkan dengan proses yang efektif untuk tujuan penghasilan sesebuah kurikulum. Secara umumnya, terdapat beberapa peringkat yang harus dilalui sebelum sesebuah kurikulum itu berjaya dilaksanakan iaitu: 

1) Pengenalan Elemen yang terdapat di dalam kurikulum
2) Proses Penghasilan kurikulum
3)Pembentukan sesebuah Kurikulum


ELEMEN KURIKULUM


Secara umumnya, terdapat beberapa elemen yang terdapat di dalam kurikulum yang perlu dikenalpasti sebelum membentuk sesebuah kurikulum seperti yang dibincangkan oleh Abu Bakar Nordin (2014):







1) 1-2 Penyataan Matlamat
2) Objektif dan Hasil Pembelajaran
 3) Pengalaman pembelajaran
 4) Menstruktur pengalaman pembelajaran  
 5) Menilai pengalaman pembelajaran   







PERNYATAAN MATLAMAT 


Sumber: Google



Matlamat ialah apa yang belajar mampu capai selepas mengikuti proses pembelajaran. Terdapat beberapa elemen yang diketengahkan semasa membina matlamat. Antara kriteria yang perlu dikenalpasti ialah kepuasan individu, relevan dengan keperluan masyarakat, sejajar dengan landasan agama dan kepercayaan dan pembangunan matlamat yang holistik dan efektif. Matlamat mempunyai konteks yang lebih besar mengenai apa yang pelajar boleh dapat dan hasilnya selepas mengikuti sesebuah pembelajaran.


PERNYATAAN OBJEKTIF

Sumber: Google
Objektif merujuk kepada hasil capaian yang lebih spesifik berbanding matlamat. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan objektif yang berkesan. Antaranya, lebih kepada memfokuskan kepada pelajar, mengikut taraf dan tahap taxonomi Bloom yang betul dan berkesan, kriteria pencapaian yang betul dan situasi pembelajaran yang sebenar yang perlu diambil perhatian. KATA KERJA adalah signifikan di dalam pembentukan objektif (seperti menilai dan sebagainya). 

Terdapat 3 tips bagi penghasilan objektif yang berkesan, iaitu Pencapaian (yang tersurat atau tersirat),Keadaan semasa (penggunaan pelan lantai dan sebagainya) dan Kriteria yang lebih spesifik (Sebagai contoh, kemasukan nombor yang spesifik seperti dalam masa 3 minit, sekurangnya8 daripada 10)



PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Sumber: Google

Kami juga diperkenalkan dengan dua tokoh pembangunan kurikulum iaitu Ralph W. Tyler dan Hilda Taba. Ralph W. Tyler menyatakan pandangannya bahawa kurikulum perlu dibangunkan dalam kalangan ahli yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran tetapi Hilda Taba berpendapat pembangunan kurikulum mestilah bersifat setempat dan dekat dengan masyarakat dan lebih bersifat lokal.

 Salah satu buku yang ditulis mengenai Ralph W. Tyler


Gambar menunjukkan Ralph W. Tyler, anatara  tokoh dalam pembangunan kurikulum 

Di Malaysia kini, kurikulum dan dasar pembelajaran telah dirangka oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pembinaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Huraian Sukatan Pelajaran. Perubahan daripada menggunakan KBSR (Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah) kepada KSSR.

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. 

Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. 

Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. 

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang. 

Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.













Monday, October 8, 2018

RUMUSAN MINGGU PERTAMA DAN KEDUA



RUMUSAN MINGGU PERTAMA DAN KEDUA KURSUS APLIKASI DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN (PQI 6004)


Kredit gambar kepada  Sekolah Tinggi East End , Portland.

Dua sesi kelas telah selesai, kami didedahkan dengan asas pengenalan kurikulum, 3 tahap pengenalan kurikulum dan 6 pengertian yang disepakati bersama oleh ahli falsafah. 


Pinar pada tahun 1974 menyatakan bahawa kurikulum berasal dari perkataan "currere" dari perkataan Latin yang memberikan definisi kemuncak  kepada sesuatu perlumbaan kerana dikatanya perkataan tersebut juga diambil bersempena dengan perlumbaan kuda "racecourse" (Marsh,2009). 
Kurikulum juga mempunyai 3 tahap pelaksanaannya yang tersendiri. Analoginya seperti ini:


(Sumber: Google)


Kurikulum dalam sistem pendidikan  bagi sesebuah institusi dapatdilaksanakan sepenuhnya dengan hasil kerjasama dari peringkat "Planning" iaitu bahagian pengurusan dan penyediaan kurikulum yang dipertanggungjawabkan yang diumpamakan seperti akar bagi sesebuah pokok , "Enacted Curriculum " iaitu bahagian pelaksaan dan individu yang telibat untuk menilai kurikulum secara professional dan "Experienced Curriculum" merujuk kepada hasil dapatan sebenar setelah sesuatu kurikulum itu dilaksanakan.



(Sumber: Nota Kuliah dari Dr. Dorothy Dewit, UM)

Terdapat 6 definisi kurikulum yang dibincangkan iaitu:


Dan kesemua maksud bagi kurikulum tersebut mempunyai pro dan kontranya tersendiri. Saya lebih tertarik kepada definisi ketiga kerana ianya begitu dekat dengan Sistem Pendidikan di Malaysia. Pada pandangan peribadi saya, kurikulum ialah satu dokumen terancang yang mengandungi ideologi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.


Kurikulum di Malaysia menggunakan istilah definisi ini kerana kurikulum kita telah digubal dan dirancang dengan teliti oleh Bahagian Pengurusan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum yang dirancang sememangnya dirangka dengan teliti termasuklah mencadangkan aktiviti yang menarik kepada guru-guru dan tenaga pengajar dalam usaha untuk mencapai elemen dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan kelahiran modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Nilai-nilai murni turut diselitkan dalam setiap rancangan pengajaran dan pembelajaran.

Dr Dorothy juga ada memberikan kepada kami 2 bahan secara dalam talian untuk bacaan kami

1. Article 1
2. Article 2

Kurikulum yang sebenar ialah kurikulum yang mampu mempersiapkan seseorang pelajar itu dengan cabaran yang bakal dilaluinya pada masa akan datang. Kurikulum yang dipelajari hendaklah mempunyai kegunaannya yang tersendiri bergantung kepada golongan sasar. Melalui hasil pembacaan artikel terbabit, jelas dinyatakan perbezaan pada peringkat kurikulum yang berbeza.

Ada juga Kurikulum di negara lain yang boleh kita contohi dan beradaptasi. Antaranya Singapura, Brunei dan Kemboja yang menggariskan pelaksanaan kurikulum dan pengalaman pembelajaran yang berbeza.

sebagai contoh, pembelajaran di singapura disini (sila lihat video yang dilampirkan) mahupun di sini untuk mengetahui bidang tugas perkembangan profession pengantar kurikulum Negara Brunei.

Sebagai seorang bakal guru dan kakitangan awam, wawasan dan impian anak muda generasi baharu perlu kita fikirkan, justeru elemen kurikulum turut diberi keutamaan dari segi penyampaian, cara pedagoginya dan perlaksanaannya mengikut keperluan dan kehendak semasa tanpa lari dari kurikulum yang dipertanggungjawabkan.

dek kerana itu saya beranggapan:




Poster yang Dr Dorothy minta kami siapkan amat bermakna. Nampak mudah dalam rekabentuk instruksionalnya namun mendalam maksudnya. Kami diberi peluang untuk menggunakan Aplikasi Canva. Pada awalnya agak janggal bagi kami, namun berkat tunjuk ajar dari Dr dan kawan-kawan, sebuah karya ini dapat saya hasilkan..


TERIMA KASIH KALIAN 💖💖 










REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...