Saturday, November 17, 2018

REFLEKSI MINGGU KELIMA


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKA BENTUK PENGAJARAN


Assalamualaikum dan selamat Sejahtera,

Pada minggu ini, kami mengamalkan konsep "Flipped Classrom" dimana Dr Dorothy memberikan kami tugasan secara Online tanpa perlu untuk menghadiri kelasnya secara fizikal. Dr telah memberikan kami tugasan yang nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan ketelitian dalam menyelesaikannya. Sebelum menjawab soalan yang diberi, kami dikehendaki menonton sedikit video mengenai tugasan terbabit yang menyentuh

Tugasan kami adalah seperti ini:

"Write down the things you need to consider when preparing a lesson to teach how to cook rice for a class of preschool students (5 years old). Write your goal analysis, and your instructional analysis on what you need to teach: 


  Melalui tugasan ini, saya berjaya memperoleh 75.00 Markah dan Komen Dr amat memberansangkan.








Next, imagine you have to teach a class of adult students, say a group of students from Denmark, who have no experience in cooking rice, nor do they have a rice cooker. What needs to change in your instructional analysis. "





REFLEKSI MINGGU KEEMPAT


SUBJEK PQI 6004 APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuanya,

Setelah kami diperkenalkan mengenai kurikulum dan elemen-elemen yang terkandung di dalamnya, kami diperkenalkan pula dengan modul pengajaran iaitu cara komunikasi yang berkesan untuk menghasilkan pengajaran yang signifikan dan bermakna. Modul pengajaran merupakan salah satu asas utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sesuatu subjek.

Kami diperkenalkan dengan istilah ADDIE, ISD dan ID. 
Model ADDIE merupakan antara model reka bentuk yang sistematik dan efektif yang terdiri daripada lima fasa iaitu:

Sumber: Google


       A
- ANALYZE (Analisis)
     
      D
- DESIGN (Reka Bentuk)
                          D- DEVELOPMENT (Pembangunan)
                              I - IMPLEMENTATION (Pelaksanaan)
                           E- EVALUATON (Penilaian)                  


Hasil daripada penggunaan model seperti ini dalam reka bentuk sesuatu model pengajaran, akan terbina satu modul pengajaran yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan efektif serta pendekatan yang sistematik seiring dengan citarasa dan keperluan pelajar. Selain dari ADDIE..terdapat pelbagai modul pengajaran yang dihasilkan dan diadaptasi dari modul ADDIE..



                                                               Sumber: www.playpro.com 

Selebihnya,  di sini antara laman web yang menarik untuk dilawati untuk menambah pengetahuan kalian,ya :) 


                 Model seterusnya yang dibincangkan ialah Instructional System Design (ISD)


Lebih kurang sama seperti ADDIE, ISD ialah satu prosedur tersusun yang mencakupi bebrapa langkah yang terdiri daripada menganalisis, merekabentuk, membangunkan, melaksanakan dan menilai arahan untuk memperbaiki kualiti dan keberkesanan arahan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga boleh dikenali sebagai System Approach to Training (SAT) . ISD juga mencakupi elemen yang lebih kurang sama dengan ADDIE iaitu:


"Analysis, Design, Development, Implementation dan Evaluation" 

Dua contoh model yang menggunakan model ISD ialah Dick and Carey Model dan Bela Banathy's Instructional System.

Sumber: Dick & Carey (2000)

Bagi model Dick and Carey, terdapat beberapa langkah yang diusulkan bermula dengan:
  1. Identify Instructional Goal
  2. Conduct Instructional Analysis
  3. Identify Entry Behaviour
  4. Write Performance Objectives
  5. Develop Assessment Instruments
  6. Develop Instructional Strategy
  7. Develop Instructional Materials
  8. Design and Conduct Formative Evaluation
  9. Design and Conduct Summative Evaluation
  10. Revise Instruction

Sumber: Banathy (1988)

Bagi Bela Benathy pula, terdapat 3 kriteria utama yang harus diberi penekanan semasa menggubal modul pengajaran iaitu Tujuan (Purpose), Proses (Process) and Isi Kandungan (Content).

Berikut merupakan antara video yang dapat dijadikan sumber rujukan tambahan untuk pemahaman yang lebih jelas dn terang.. Enjoyyy~~~




RUJUKAN
Banathy, B. (1968). Instructional Systems. Palo Alto, California:
            Fearon 
Publishers
Dick, W., Carey, L. (2000). The Systematic Design of Instruction.
            Glenview, 
IL: Scott, Foresman, and Company.





REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

RUMUSAN Alhamdulillah, syukur pada Tuhan..Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan dengan jayanya.. Jujur...